Konflik Palestin-Israel ini telah mengorbankan lebih 5,000 ribu warga Palestin dan ia amat menyedihkan untuk dilihat ketika ini.

Pihak hospital juga terpaksa menggunakan trak aiskrim untuk menyimpan jenazah sebelum ia dituntut waris atau keluarga mereka.
Advertisement
Malah, tindakan itu dilakukan akibat tiada bekalan elektrik dan kekurangan ruang di dalam hospital.
Menurut perkongsian wartawan Motaz Azaiza, dia membuat liputan berdekatan trak tersebut dan menunjukkan keadaan terkini yang berlaku di hospital itu.
Tambahnya, ia dapat membantu staf hospital bagi menyimpan jenazah yang terkorban itu dalam keadaan yang baik sebelum keluarga mereka menuntut jenazah tersebut.
Sumber: Instagram motaz_azaiza