Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Mampu Tampung Pesakit, Hospital Di Gaza Lumpuh Sepenuhnya

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan berita duka apabila sistem penjagaan kesihatan di hospital di Semenanjung Gaza kini lumpuh sepenuhnya.

tak mampu tampung pesakit, hospital di gaza lumpuh sepenuhnya

Menurut jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra pada sidang media di bandar Gaza, pihaknya memaklumkan ia berlaku disebabkan perang ketika ini dan peningkatan jumlah pesakit.

Advertisement

"Hospital di Gaza lumpuh sepenuhnya disebabkan perang Israel," katanya.

Lebih 65 petugas perubatan terbunuh dan 25 ambulans musnah akibat serangan Israel sejak 7 Okt lalu.

"Sebanyak 12 hospital dan 32 pusat penjagaan kesihatan terpaksa menghentikan perkhidmatan. Kita bimbang lebih banyak lagi yang tidak beroperasi dalam beberapa jam akan datang kerana kekurangan bahan api," jelasnya.

Malah, kadar kematian di Gaza akibat serangan udara Israel kian meningkat kepada 5,791 orang, dengan mangsa termasuk 2,360 kanak-kanak setakat ini.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik