Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hina Kalimah Allah? Pengasas Kedai Serbaneka, Isteri Mengaku Tak Bersalah

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah kedai serbaneka di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

hina kalimah allah? pengasas kedai serbaneka, isteri mengaku tak bersalah

Hari ini, pengasas dan pengerusi rangkaian kedai serbaneka KK Mart didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menjual stoking yang bercetak kalimah ‘Allah’.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Advertisement

Menurut Datuk Seri Chai Kee Kan dan Datin Seri Loh Siew Mui, mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda.

Setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 178 laporan di seluruh negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap isu penjualan stoking berkenaan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik