Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sunyi! Warga Emas Berusia 112 Tahun Sedia Berkahwin Lagi?

Warga emas, Siti Hawa Hussin tetap kuat dan gagah biarpun usianya sudah mencecah 112 tahun.

sunyi! warga emas berusia 112 tahun sedia berkahwin lagi?

Malah, dia masih mampu bercerita mengenai zaman negara dijajah oleh Jepun kepada anak cucunya.

Advertisement

Wanita yang mempunyai 19 cucu itu masih cergas dan mampu menunaikan solat lima waktu biarpun penglihatannya sedikit kabur.

Dia berkongsi pernah berkahwin tujuh kali dan dikurniakan empat anak hasil perkongsian hidup dengan salah seorang daripada mereka.

Kini, dia tinggal bersama anak bongsunya Ali Seme di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan.

Menariknya, dia mengamalkan makan nasi tanpa disulami air bagi menjaga kesihatan.

Dia juga membe­ritahu tidak menolak untuk kembali mendirikan rumah tangga sekiranya ada pihak yang mahu melamarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik