Skip to main content

Advertisement

Hiburan

10 Disahkan Maut, 2 Helikopter TLDM Bertembung dan Terhempas

Seramai 10 orang mangsa yang terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut dalam nahas yang membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Advertisement

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AstroAWANI (@501awani)

Kedua-dua pesawat itu bertembung ketika raptai lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.

Menurut laporan awal, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, seramai 10 mangsa terlibat yang maut dalam nahas itu.

Ketika ini pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan beberapa mangsa yang terlibat daripada kedua-dua helikopter berkenaan.

Sumber : Awani, Berita Harian 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik