Harga minyak masak tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 April hingga 7 Mei ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), harga runcit maksimum ditetapkan adalah RM6. 90 bagi botol 1 kilogram (kg), RM13. 30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan 30.90 (5kg).
Advertisement
Kenaikan harga minyak sawit mentah untuk Mac berbanding bulan sebelumnya yang melepasi RM4,000 per tan metrik.
“Purata harga minyak sawit mentah untuk Mac adalah RM4,139 per tan metrik berbanding RM3,908 per tan metrik pada Februari 2023.
“Kenaikan ini sekali gus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak.
“Bagaimanapun, bagi mengelakkan bebanan rakyat, kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit untuk tempoh 8 April hingga 7 Mei ini,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online