Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Hanya Sekadar Maaf?” - Peniaga Jual Stoking Kalimah Allah Perlu Dihukum, Tindakan Tegas

Baru-baru ini, tular gambar di sebuah kedai serbaneka yang didapati menjual stoking tertera kalimah Allah.

“hanya sekadar maaf?” - peniaga jual stoking kalimah allah perlu dihukum, tindakan tegas

Perkara ini telah menimbulkan amarah pelbagai pihak terutamanya umat Islam di Malaysia ini yang tidak terima penghinaan tersebut.

Advertisement

Malah, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga terpanggil untuk memberi reaksi dan teguran berhubung kes tular terbabit.

“Kena beri hukuman, kita kena keras, sikap tegas, kena ajar,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga mengecam tindakan kedai serbaneka itu yang secara terbuka menjual produk yang menyentuh sensitiviti orang Islam.

Menurut Ustaz Azhar, bukan hak manusia untuk sewenang-wenangnya memaafkan peniaga terbabit berkaitan kesalahan yang dilakukan itu kerana ia melibatkan penghinaan terhadap Allah S.W.T.

“Mana maaf, itu hak Allah, bukan hak kita. Lain la ambil hak kita, boleh la kita tukang maaf. Ada pula kamu tukang maaf, kamu siapa?.

“Orang hina Allah, kita pula yang tukang maaf, bolehkah kita wakil? Kamu wakil Allah kah?,” soalnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik