Seorang hakim terkejut apabila seorang tertuduh keganasan domestik telah menyerangnya ketika mahu menjatuhkan hukuman yang dihadapinya semalam.

Video tertuduh, Deobra Redden, 30, menyerang Hakim Mary Kay Holthus di bilik mahkamah di Las Vegas telah tular di seluruh dunia.
Advertisement
Tertuduh dilihat cuba menyerang Holthus ketika hakim itu mahu menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Serangan kejam itu membuatkan hakim terperanjat dan seorang marsyal dimasukkan ke hospital.
Hakim Pro Tempore Lauren Diefenbach memerintahkan supaya jaminan Redden kekal pada AS$54,000 (RM250,803) buat masa ini.
Sumber: Kosmo Online