Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Had Laju Diturunkan 10km/j di Jalan Persekutuan

Bermula 18 Januari hingga 27 Januari 2023, had kelajuan di Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km/j sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Had kelajuan daripada 90km/j kepada 80km/j diturunkan sebagai Langkah keselamatan yang diambil kerajaan menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta.

Advertisement

“Pengurangan had laju sementara itu antara langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku di musim perayaan.

“Justeru itu, Kementerian Kerja Raya turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah-langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di kawasan Rehat & Rawat Dengkil (Arah Utara) yang turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan bermula dari 18 hingga 28 Januari ini dengan melibatkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Ia termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ); Jabatan Kerja Raja (JKR); Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); dan PLUS Malaysia.

SINAR Muzik Retro Terbaik