Seorang murid tahun satu mendakwa telah ditampar di pipi kirinya oleh guru dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Klang Isnin lalu.

Tindakan yang diambil guru tersebut telah mengecewakan keluarga murid tersebut yang dilihat tidak munasabah sehingga mendatangkan mudarat.
Advertisement
“Sepupu saya umur tujuh tahun kena lempang dengan ustazah depan orang ramai termasuk guru lain hanya kerana dia tak jumpa surat dalam beg sekolah.
“Kejadian tersebut berlaku depan orang ramai, tetapi yang lain buat tidak tahu saja. Lepas itu, tak ada yang tanya budak itu okay ke tidak lepas kena lempang,” kata sepupu murid tersebut.
Risau akan kejadian, ibu mangsa bertindak pantas membawanya ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan awal.
“Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati bahagian pipi kiri mangsa bengkak, merah dan sakit,” katanya.
Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis telah dibuat bapa mangsa di Balai Polis Klang semalam.
Sumber: Kosmo Online