Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selamba Guna Visa Melancong Untuk Tunai Haji? TH Pesan Jemaah Malaysia!

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang 300 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Mekah kerana dikatakan menggunakan visa pelancong untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

selamba guna visa melancong untuk tunai haji? th pesan jemaah malaysia!

Ia telah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media sosial dan tindakan mereka yang tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji tersebut.

Advertisement

Individu tersebut perlu tahu hukumnya adalah berdosa dan haram berdasarkan fatwa kerajaan Arab Saudi.

Menurut Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (TH), Shahrin Awaludin, pihaknya menegaskan perkara itu kepada tindakan segelintir rakyat Malaysia yang menggunakan visa pelancong untuk menunaikan haji, rukun Islam kelima dan terkandas di Mekah.

Malah, dia juga berkongsi bahawa Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.

“Sebab itu dalam konteks haji, kerajaan Arab Saudi melalui Dewan Ulama tertinggi telah mengesahkan hukum bahawa jemaah haji yang datang tanpa proses atau peraturan yang betul adalah haram dan berdosa,” katanya.

Umat Islam juga kena tahu bahawa haji adalah satu-satunya ibadah bagi orang yang berkemampuan.

“Selain daripada kemampuan kewangan, keamanan, kesihatan, mereka juga perlu memenuhi syarat kuota, ada permit untuk menunaikan haji,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik