Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar Guna Guni Sebagai Bagasi Ke Universiti Akan Dibantu

Lands-P.png

Beban kewangan dan keperluan seorang pelajar yang mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan menggunakan guni untuk mengisi barangannya akan diuruskan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Advertisement

Fadhlina menyatakan bahawa kisah pelajar bernama Rafida Zaiddin itu sangat dekat di hatinya, kerana pada hari yang sama, beliau juga menghantar anak sulungnya untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tambahnya, kesungguhan Rafida memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa perjuangan pendidikan manusiawi merupakan kekuatan Malaysia.

“Insya-ALLAH Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian,” ujarnya.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik