Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Pandang Ringan Influenza, Kenali Siapa Golongan Berisiko Tinggi

jangan pandang ringan influenza, kenali siapa golongan berisiko tinggi

Foto: MyHEALTHKKM

Advertisement

Ramai yang menganggap influenza atau flu hanya seperti selsema biasa tetapi hakikatnya, jangkitan ini boleh menjadi serius dan membawa kepada komplikasi teruk, terutama bagi golongan tertentu. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa kumpulan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza dan perlu diberi perhatian khas.

jangan pandang ringan influenza, kenali siapa golongan berisiko tinggi

Foto Hiasan

  • Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun ke atas
  • Pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit jantung
  • Individu dengan sistem imuniti rendah, sama ada disebabkan penyakit (contohnya kanser atau HIV) atau rawatan seperti kemoterapi dan steroid
  • Individu obes

Bagi golongan ini, influenza boleh menyebabkan radang paru-paru, jangkitan sekunder dan dalam kes yang teruk, ia mampu mengancam nyawa.

Langkah Pencegahan Penting

  • Ambil vaksin influenza, ini boleh didapati di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta dan sangat digalakkan untuk golongan berisiko.
  • Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin dengan tisu/saputangan.
  • Pakai pelitup muka jika tidak sihat untuk elak jangkitan kepada orang lain.
  • Kerap cuci tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman.

Jika anda atau ahli keluarga mengalami gejala seperti demam tinggi, batuk teruk, sesak nafas atau gejala bertambah teruk, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa.

Influenza bukan sekadar batuk dan selsema. Lindungi diri, lindungi keluarga terutama mereka yang paling berisiko.

Sumber: MyHEALTHKKM

 

SINAR Muzik Retro Terbaik