
Sah dan rasmi. Dunia bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 diumumkan akan dilancarkan sebagai misi kemanusiaan berskala besar yang menghimpunkan sekurang-kurangnya 100 buah kapal serta ribuan aktivis dari seluruh dunia.
Advertisement
Misi ini bukan sekadar pelayaran simbolik, tetapi satu gerakan tersusun yang membawa mesej jelas bahawa kepungan mesti dipecahkan.
GSF 2.0 akan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk dalam kalangan doktor, guru, sukarelawan kemanusiaan serta pempengaruh antarabangsa yang bersatu atas satu matlamat.
Matlamat mereka ialah untuk menyampaikan bantuan, menyuarakan kebenaran dan mempertahankan hak asasi manusia. Kehadiran golongan profesional ini membuktikan bahawa misi ini bukan bermotifkan politik semata-mata, sebaliknya berteraskan nilai kemanusiaan sejagat.

Berikut merupakan info penting:
- Gelombang Kedua GSF bermula suku pertama 2026, membuka ‘sailing season’ baharu di Laut Mediterranean.
- 100 bot akan berlayar dengan ribuan aktivis, 13 bot sudah dibeli di Barcelona.
- Peserta disasarkan dari seluruh dunia, tanpa pengecualian.
- Calon terpilih akan menyumbang kepakaran profesional: jurutera, doktor, pakar pendidikan, perancangan bandar dan lain-lain.
- Pemilihan lebih ketat untuk skill khusus: nakhoda, juruelektrik, mekanik enjin kapal.
- Sumud Nusantara memimpin sekurang-kurangnya 20 negara, menjadi penaung gerakan antarabangsa.
- Kapal Jong Melayu tradisional dari Terengganu sedang diusahakan untuk misi ini.
- Tracker rasmi dan lagu tema baru akan menyemarakkan semangat peserta.
- Kesemua info terkini akan dikongsikan di laman media sosial Sumud Nusantara.
Lebih daripada sekadar bantuan fizikal, GSF 2.0 turut membawa harapan. Harapan untuk mereka yang terperangkap dalam kepungan, harapan untuk dunia yang semakin sedar dan harapan bahawa solidariti global masih hidup dan bernafas.
Mereka mewakili suara jutaan manusia yang percaya bahawa kezaliman tidak boleh didiamkan dan kemanusiaan tidak mengenal sempadan.
GSF 2.0 bukan sekadar misi.
Ia adalah seruan hati nurani dunia.
Sumber: Facebook Nadir Al Nuri