Kecoh di media sosial apabila sekumpulan individu memasak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands.

Empat orang tertuduh telah menghadirkan diri ke mahkamah dan dituduh di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan.
Advertisement
Tertuduh lelaki dalam kes memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands memberitahu Mahkamah Majistret di Bentong hari ini bahawa mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun lokasi tersebut sudah penuh.
Mengikut kertas pertuduhan kesemua tertuduh bersama-sama dalam mencapai niat bersama kira-kira pukul 1.30 pagi, pada 12 Mei lalu 1.30 pagi telah bertindak memasak menggunakan dapur sebuah gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands.
Tindakan mereka tersebut disifatkan sebagai gopoh kerana telah membahayakan keselamatan dan nyawa orang lain dan dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.
Justeru itu, mereka bertindak memasak di kawasan stesen minyak berkenaan dan beranggapan tempat mereka memasak itu adalah jauh dari ‘nozel’ minyak dan ia berada di laluan ke tandas.
Sumber: Kosmo Online