
Foto: AntaraNews
Advertisement
Pendaki di Taman Negara Bromo Tengger Semeru, Indonesia, kini diwajibkan memakai gelang tangan penjejak sebagai langkah keselamatan.
Gelang tersebut, yang dikenali sebagai peranti pengecaman frekuensi radio (RFID), mengandungi cip kecil dan antena yang menghantar isyarat ke menara penerima yang dipasang di beberapa titik sepanjang laluan pendakian, menurut Pegawai Perhubungan Awam taman berkenaan, Endrip Wahyutama, yang berpangkalan di Kabupaten Malang, Jawa Timur.
Gunung Semeru, salah satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia, terletak di wilayah itu dan terkenal dengan risiko pendakiannya. Wahyutama memaklumkan bahawa penggunaan gelang RFID ini telah bermula sejak Jun lalu.

Foto: Kementerian Kehutanan Republik Indonesia
“Dengan adanya gelang ini, kami dapat mengesan kedudukan pendaki secara langsung. Risiko seperti tersesat, terjatuh atau hilang tanpa dikesan masih menjadi ancaman di kawasan Gunung Semeru,” katanya.
Langkah keselamatan ini diperkenalkan selepas insiden tragis melibatkan seorang pendaki dari Brazil, Juliana Marins, yang maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600 meter di Gunung Rinjani, Nusa Tenggara Barat, pada 21 Jun lalu.
Sumber: Antara News