Foto: Tangkap layar TikTok
Baru-baru ini, satu video tular di TikTok melalui akaun @OpahOnline memaparkan sekumpulan opah-opah yang dikehendaki menjawab exam matematik. Situasi ini mencuit hati ramai kerana suasana kelihatan lucu dan mencabar pada masa sama.
Advertisement
Walaupun mereka kini berada di pusat penjagaan warga emas, video ini menunjukkan bahawa penghuni tidak hanya duduk diam, tetapi turut terlibat dalam aktiviti yang merangsang minda dan menguatkan daya ingatan.
Momen mereka cuba menyelesaikan soalan matematik sambil tersenyum atau keliru membuat netizen ketawa.
@insyirahcarecentre fokus nak dapat A 🤣 #insyirahcarecentre #makayahbukanuntukdipinggirkan #ikuttrendtiktok #trendingvideo #videoviral ♬ original sound - Oh! Media
Reaksi di ruangan komen sangat menghiburkan:
“Aduh jemm. Tak sama macam soalan SPOT”
“Aduh baru plan nak duduk rumah orang tua sebab takde kawan dan nak hilangkan stress… tak jadi ahh sebab ada exam, math pulak tu😑”
“Guna kalkulator boleh tak? Nak tanya kawan sebelah, dia pun nyanyok da 🤣🤣”
Video ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menunjukkan bahawa aktiviti mencabar minda seperti ini mampu mengurangkan stres dan rasa bosan, sambil mengekalkan kesejahteraan mental penghuni.
Netizen kagum melihat cara opah-opah kekal aktif dan bersosial walaupun sudah berumur, sambil menghadapi ‘exam’ dengan penuh semangat.
Aktiviti ringan yang menyeronokkan seperti ini ternyata memberi impak positif terhadap kesejahteraan emosi dan interaksi sosial mereka, dan sekaligus mengubah persepsi bahawa pusat jagaan warga emas hanya tentang rehat dan rutin harian.
Sumber: TikTok