Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Bergegar Tengah Malam! Gempa 7.1 Magnitud Cetus Panik, Terkuat Sejak Insiden Dahsyat di Japan

malaysia bergegar tengah malam! gempa 7.1 magnitud cetus panik, terkuat sejak insiden dahsyat di japan

Dunia dikejutkan dengan satu kejadian luar biasa apabila satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud dilaporkan melanda Malaysia pada kedalaman kira-kira 620 kilometer awal hari ini. Gegaran tersebut disifatkan sebagai antara yang paling kuat pernah direkodkan di rantau ini sejak hujung tahun lalu.

Advertisement

Menurut laporan awal, gempa ini berlaku pada kedalaman yang sangat dalam, ia merupakan satu fenomena jarang berlaku dan hadir selepas beberapa siri gempa bumi dalam yang dikesan di barat daya berhampiran Fiji, masing-masing bermagnitud 6.2 dan 6.0 sepanjang bulan ini. Pakar percaya aktiviti seismik luar biasa ini mungkin saling berkait dalam zon tektonik yang sama.

Lebih mengejutkan, kejadian ini merupakan gegaran paling kuat direkodkan sejak gempa 7.6 magnitud yang melanda Japan pada 8 Disember 2025, yang sebelum ini menggemparkan dunia dengan kerosakan besar dan amaran tsunami.

Di media sosial, rakyat tempatan mula berkongsi pengalaman masing-masing seperti ada yang mendakwa terasa bangunan bergegar dan lampu di rumah bergoyang. Namun begitu, setakat ini tiada laporan rasmi mengenai kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan.

malaysia bergegar tengah malam! gempa 7.1 magnitud cetus panik, terkuat sejak insiden dahsyat di japan

Gempa pada kedalaman ratusan kilometer dikenali sebagai deep-focus earthquake, dan biasanya kurang dirasai di permukaan berbanding gempa cetek. Namun magnitud yang tinggi tetap membuatkan ia signifikan dari sudut saintifik.

Pihak berkuasa dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar serta tahap keselamatan semasa.

Persoalannya sekarang, adakah ini petanda lebih banyak aktiviti seismik bakal berlaku di rantau Asia Pasifik? Atau sekadar kejadian terpencil yang jarang terjadi?

Pantau perkembangan semasa untuk maklumat lanjut.

SINAR Muzik Retro Terbaik