Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Gara-Gara Suami Kahwin Dua, Isteri Sanggup Bakar Rumah

Baru-baru ini, seorang lelaki cedera apabila isterinya cuba menyerang dan bertindak membakar rumah mereka akibat ketahuan lelaki itu berkahwin dua.

gara-gara suami kahwin dua, isteri sanggup bakar rumah

Berasal dari Kenya, Florence Karakacha telah ditahan pihak polis daerah Kakamega bagi siasatan lanjut berkenaan kes ini.

Advertisement

Wanita berusia 43 tahun itu didakwa bertindak melulu dengan menggigit bibir suaminya sehingga hampir putus.

Susulan serangan itu, sebahagian bibir lelaki itu dilaporkan hilang dan rumah mereka turut terbakar.

Hasil siasatan mendapati, Karakacha cuba membuat laporan palsu dengan menutup kesalahannya kepada polis.

Namun, pihak polis mendapati lelaki berkenaan Lubanga bukanlah menyerang isterinya tetapi dia telah menjadi mangsa dalam kes keganasan rumah tangga itu.

Proses perbicaraan sedang dijalankan untuk menilai dan menghakimi kes tersebut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik