Seorang suspek lelaki gagal melarikan diri selepas dia berjaya diberkas polis dan orang awam selepas cubaan menculik enam murid sekolah di Kundasang semalam.

Malah, dia juga gagal melarikan kereta yang dicurinya apabila tindakan pantas orang ramai terhadap kejadian itu.
Advertisement
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan kedai runcit, di tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang dan sewaktu kejadian, terdapat enam murid di dalam kenderaan berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, pihaknya memaklumkan kes berkenaan terjadi ketika kanak-kanak sekolah baru pulang dari sekolah dan dia pantas mencuri sebuah kereta milik orang lain.
“Bukan culik tetapi cubaan mencuri kenderaan. Namun suspek juga disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik kerana suspek turut dilaporkan membawa bersama enam kanak-kanak ketika melarikan kenderaan jenis Proton Pesona terbabit.
“Selain disiasat kerana menculik, suspek disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online