Seorang gadis berusia 16 tahun padah bermain buaian kanak-kanak sehingga tersangkut di dalam buaian berkenaan di sebuah taman permainan berhampiran Pasar Bidor pada Sabtu.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.55 pagi.
Advertisement
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, beliau memaklumkan remaja itu didapati terperangkap ketika menaiki buaian berkenaan.

Tambahnya, Khidmat pasukan bomba diperlukan dan anggota bertindak pantas dengan memotong buaian itu daripada tersangkut.
"Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong buaian itu bagi mengeluarkan mangsa.
"Mangsa berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan," katanya.
Pihaknya menamatkan operasi tepat pada jam 9.30 pagi.
Sumber: Sinar Harian