Skip to main content

Advertisement

Teknologi & Inovasi

WhatsApp Perkenal ‘Parent Control’, Ibu Bapa Kini Boleh Pantau Siapa Chat Anak Mereka

Gambar Hiasan

Pengguna WhatsApp yang mempunyai anak kecil dengan akaun WhatsApp sendiri kini ada sebab untuk menarik nafas lega. Aplikasi mesej popular itu kini memperkenalkan ciri baharu khas untuk meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menggunakan platform tersebut.

Advertisement

Menurut laporan Amanz, WhatsApp sedang membangunkan sistem akaun yang boleh dikawal oleh ibu bapa atau penjaga, khusus untuk pengguna bawah umur, terutama yang berusia di bawah 13 tahun.

Melalui ciri baharu ini, ibu bapa boleh menetapkan beberapa kawalan penting pada akaun anak mereka. Antaranya termasuk:

  • Menentukan siapa yang dibenarkan menghantar mesej kepada anak

  • Mengawal kumpulan (group) mana yang boleh disertai

  • Menyemak permintaan mesej daripada nombor tidak dikenali

  • Menetapkan tahap privasi yang lebih ketat

Langkah ini dilihat sebagai usaha WhatsApp untuk mengurangkan risiko kanak-kanak terdedah kepada individu tidak dikenali atau kandungan yang tidak sesuai.

Gambar Hiasan

Lebih menarik, semua tetapan keselamatan ini akan dilindungi dengan PIN khas pada peranti kanak-kanak. Ini bermaksud kanak-kanak tidak boleh menukar atau mematikan kawalan tersebut tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.

WhatsApp memaklumkan bahawa ciri kawalan ibu bapa ini akan dilancarkan secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang.

Menurut syarikat itu, pembangunan fungsi ini turut mengambil kira maklum balas daripada keluarga serta pakar keselamatan digital, dengan matlamat utama untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat kepada kanak-kanak yang mula menggunakan aplikasi komunikasi.

Kanak-kanak kini semakin awal terdedah kepada teknologi, langkah ini dilihat sebagai satu usaha penting untuk memastikan keselamatan mereka di dunia digital.

Sumber: Amanz.my

Artikel Berkaitan

SINAR Muzik Retro Terbaik