
Kredit: u_jqn13rcqu3/pixabay
Pernah tak anda bayangkan Malaysia 10 tahun akan datang?
Teknologi semakin canggih. Majoriti peniaga dan industri sudah beralih ke bidang digital, automasi dan AI. Kenderaan EV semakin banyak di jalan raya. Dan kita juga dah terokai pelbagai teknologi baharu masa depan.
Persoalannya, adakah tenaga yang kita ada hari ini stabil dan mencukupi untuk menampung permintaan di masa akan datang?
Jawapannya TIDAK!
Inilah Sebab Kenapa Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) Bakal Diadakan…
ETCon26 dijadual berlangsung dari 3 hingga 5 Jun 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan tema ‘Tenaga & Kecerdasan Buatan (AI): Sinergi Memacu Peralihan Tenaga’. Untuk yang nak sertai, inilah masanya!
Ada lebih 2,000 delegasi, lebih 50 pempamer, lebih 80 speaker dan lebih 60 negara terlibat. Tentunya ada banyak input menarik dan bermanfaat untuk kita bersama.
Kredit: TNB
Untuk yang tak pernah dengar atau masih belum faham pula, info ni untuk anda!
ETCon26 Sejajar Dengan Pelan HalaTuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Apa Maksudnya?
NETR adalah pelan jangka panjang dalam memastikan transformasi peralihan tenaga berjalan lancar. Dan TNB merupakan pemain utama dalam pelaksanaan pelan ini khususnya dari sudut penjanaan elektrik, infrastruktur grid dan integrasi tenaga boleh diperbaharui.
Dalam erti kata lain, NETR ni adalah pelan strategik Malaysia untuk beralih daripada pergantungan daripada bahan api fosil kepada tenaga yang lebih bersih, mampan dan rendah karbon, selaras dengan agenda perubahan iklim dan pertumbuhan ekonomi negara.
Apa Pula Fungsi ETCon26?
Nak laksanakan pelan NETR seperti dirancang bukan mudah tau! Sudah tentu banyak pendapat, kajian, kepakaran diperlukan bagi memastikan transformasi berjalan lancar.
Inilah peranan ETCon26!
Persidangan ini menghimpunkan ahli dan pakar dalam bidang tenaga, pembuat dasar, pemain industri, pelabur serta masyarakat dari rantau ASEAN duduk semeja dan berbincang tentang masa depan tenaga dan bagaimana untuk melaksanakannya dengan cara yang terbaik.
Apa Yang Akan Dibincangkan Di ETCon26
Tema ETCon26 memfokuskan kepada sinergi antara tenaga dengan AI kerana teknologi masa depan berkait rapat dengan AI tetapi AI tak boleh berfungsi tanpa tenaga. Sebab tu kita perlukan bekalan tenaga yang stabil untuk menyokong operasi AI. Sebaliknya juga, AI dapat membantu untuk menjadikan sistem tenaga lebih pintar, cekap dan responsif.

Kredit: Blue Planet Studios/Getty Images
Bila adanya pembangunan sektor tenaga baharu, dah tentulah lebih banyak peluang ekonomi termasuk penciptaan pekerjaan serta pembangunan kemahiran melalui program latihan seperti TVET terbuka luas.
Tiga Teras Kandungan Utama ETCon26
#1 Energy for AI
Memberi tumpuan kepada keperluan bekalan tenaga yang stabil bagi menyokong perkembangan AI. Dengan pertumbuhan pesat pusat data di Malaysia, permintaan tenaga dijangka terus meningkat. Tanpa perancangan tenaga yang kukuh, sukar untuk memastikan ekosistem digital negara dapat berkembang secara mampan.
#2 AI for Energy
Bagaimana teknologi AI boleh digunakan untuk memperbaiki sistem tenaga sedia ada? Melalui analisis data dan ramalan pintar, AI membantu mengesan potensi gangguan lebih awal, mengurangkan risiko kerosakan dan meningkatkan kebolehpercayaan grid.

Kredit: Axel Makhalov/canva
Jadi penggunaan tenaga baharu seperti solar pun jadi lebih efisien dengan adanya sokongan teknologi ini.
#3 Energy Transition for People (ET for People)
Peralihan tenaga bukan hanya tentang teknologi canggih atau pelaburan besar, tetapi juga tentang rakyat. Manfaat peralihan ini perlu dirasai semua pihak, sama ada melalui akses kepada tenaga yang lebih mampan, kos yang berpatutan atau peluang ekonomi baharu dalam sektor hijau.
Nak Tahu Lebih lanjut & Nak Jadi Sebahagian Daripada ETCon26?
Nantikan ETCon26 yang bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Jun 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Layari the-etconference.com untuk info lanjut