Filem SAKRA yang dibintangi oleh bintang antarabangsa Donnie Yen telah berjaya mencatat kutipan tertinggi melebih RM 3.2 juta dalam masa 8 hari tayangan sejak 16 Januari lalu.

Didaptasikan daripada Demi-Gods dan Semi-Devils Jin Yong, Filem SAKRA ini diterbitkan, diarahkan dan dilakonkan oleh Donnie Yen.
Advertisement
Sesi promosi dan jelajah filem SAKRA telah selesai awal tahun dengan kemunculan Donnie Yen di Malaysia.
Sepanjang jadual penjelajahannya, Donnie Yen disokong hebat oleh peminat kesayangan yang hadir di pelbagai acara sesi bertemu peminat, malam Tayangan Gala dan malam Tayangan Khas Peminat disamping beliau turut berkongsi menceritakan pengalamannya di sebalik pembikinan filem SAKRA.
Dengan sambutan yang begitu luar biasa, filem SAKRA telah berjaya memecah kutipan pecah panggung Tahun Baru Cina dengan meraih kutipan tertinggi di Malaysia setakat 22 Jan lalu.
Diedarkan oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing, filem wuxia blokbuster SAKRA kini sedang ditayangkan di pawagam Malaysia.