Foto: Instagram
Pelakon ternama Indonesia, Reza Rahadian kini menempuh babak baharu dalam kariernya apabila membuat debut sebagai pengarah melalui filem Pangku.
Advertisement
Filem ini dianggap sangat istimewa kerana membolehkan Reza menzahirkan visi kreatifnya sendiri serta membawa kisah yang dekat dengan hati.
Menurut Reza, keputusan untuk mengarah bukan semata-mata cabaran profesional, tetapi juga peluang untuk berkarya dengan cara lebih peribadi.
“Cerita ini sangat peribadi dan menyentuh hati,” katanya ketika ditemui media.
Pangku mengangkat kisah seorang wanita yang berjuang dalam kehidupan sebagai ibu tunggal. Filem ini menekankan realiti kehidupan, emosi, dan nilai kekeluargaan, dengan fokus pada ketabahan seorang ibu dalam menghadapi cabaran harian.
Reza turut berpenanan sebagai penulis skrip bersama Felix K. Nesi, mereka menulis skrip dengan teliti, memastikan cerita disampaikan secara jujur dan tidak terlalu dramatik.
Debut penyutradaraan Reza menerima perhatian positif dari pihak festival filem domestik dan antarabangsa. Reza berharap karya ini dapat diterima bukan hanya sebagai hiburan, tetapi juga sebagai cerminan realiti masyarakat serta penghormatan kepada ibu-ibu tunggal yang berjuang demi keluarga.
Dengan Pangku, Reza membuktikan bahawa langkah keluar daripada zon selesa sebagai pelakon membuka ruang untuk ekspresi kreatif yang lebih mendalam, sambil tetap mengekalkan sentuhan emosi yang dekat dengan penonton.
Sumber: Gempak