Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Harimau Malaya Terima Tamparan Hebat, FIFA Kekal Hukuman Tujuh Pemain Warisan

harimau malaya terima tamparan hebat, fifa kekal hukuman tujuh pemain warisanFoto: Facebook

Hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membebaskan tujuh pemain warisan Harimau Malaya daripada hukuman akhirnya tidak kesampaian selepas rayuan mereka ditolak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisement

Menurut laporan, badan induk itu memutuskan untuk mengekalkan keputusan asal selepas meneliti segala hujahan dan dokumen yang dikemukakan oleh FAM serta pemain terbabit.

Susulan daripada itu, keputusan tersebut sekali gus menamatkan harapan skuad kebangsaan untuk menggunakan khidmat tujuh pemain berkenaan dalam masa terdekat.

Antara pemain yang terlibat ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. Mereka didakwa terlibat dalam isu berkaitan pemalsuan dokumen asal-usul keturunan yang membolehkan mereka mewakili Malaysia.

FAM kini diberikan tempoh 10 hari untuk memohon penghakiman bertulis penuh daripada FIFA, sebelum diberi 21 hari lagi untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) jika ingin meneruskan perjuangan membela pemain-pemain tersebut.

Keputusan ini disifatkan sebagai satu tamparan besar buat pasukan Harimau Malaya yang sebelum ini banyak bergantung kepada pemain warisan dalam memperkukuh skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Sumber: Kosmo

SINAR Muzik Retro Terbaik