Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fazura Serah Soal Jodoh Kepada Allah, Mahu Pasangan Faham Agama dan Bertanggungjawab

fazura serah soal jodoh kepada allah, mahu pasangan faham agama dan bertanggungjawabFoto: Instagram

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura, menyatakan bahawa soal jodoh bukan sesuatu yang perlu dikejar kerana semuanya terletak di bawah ketentuan Allah. Menurutnya, jika sudah tiba waktunya, dia percaya Tuhan akan menghadirkan seseorang yang terbaik untuk dirinya.

Advertisement

Dalam satu perkongsian di TikTok, Fazura yang kini berusia 42 tahun berkata sekiranya dia bertemu jodoh semula, lelaki itu mestilah seorang yang memahami agama serta mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.

 

@affendyjailani Jodoh #Fazura doakan #adaapadengancinta #podcastbukakmulut #bukakmulut #fyp ♬ original sound - DNP

 

“Saya hanya mahu jodoh yang Allah redha, yang tahu tentang agama dan mampu memikul tanggungjawab dengan baik,” katanya ringkas.

Fazura turut berkongsi tentang anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, yang berseloroh ingin memilih ‘daddy baru’, namun dia menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada takdir dan masa yang sesuai.

Untuk makluman, Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon,Fattah Amin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima.

Namun, pasangan itu disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Sumber: TikTok

SINAR Muzik Retro Terbaik