Skip to main content

Advertisement

Sukan

Tutup Mulut Masa Bergaduh Atas Padang Boleh Terus Kena Kad Merah? Ini Sebab FIFA Perkenalkan 'Prestianni Law'

Gambar Hiasan

Bola sepak terkenal sebagai sukan yang sarat dengan emosi, provokasi dan perang psikologi. Tetapi bermula era baharu ini, satu tabiat yang selama ini dianggap biasa ketika bertikam lidah di atas padang kini boleh membawa akibat besar iaitu menutup mulut ketika bercakap dengan pihak lawan.

Advertisement

Peraturan yang mula digelar media sebagai 'Prestianni Law' menjadi antara perubahan disiplin paling mendapat perhatian dalam bola sepak antarabangsa. Ia diperkenalkan sebagai sebahagian usaha lebih tegas untuk membanteras unsur perkauman, homofobia dan kata-kata kesat yang sukar dikesan ketika perlawanan berlangsung. 

Peraturan ini mendapat perhatian selepas insiden melibatkan Gianluca Prestianni dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA apabila beliau didakwa menggunakan bahasa berbaur diskriminasi terhadap Vinícius Júnior sambil menutup mulut menggunakan jersi. Laporan kemudian menyebut beliau dikenakan penggantungan kerana perlakuan homofobik. 

Namun siapa sangka, peraturan itu tidak mengambil masa lama untuk mencipta sejarah.

Pada 19 Jun 2026, dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2026 antara Paraguay dan Turki, pemain Paraguay, Miguel Almirón menjadi pemain pertama menerima kad merah di bawah peraturan baharu tersebut. 

Insiden berlaku di penghujung separuh masa pertama apabila Almirón dilihat menutup mulut ketika bercakap kepada pertahanan Turki, Mert Müldür, dalam situasi konfrontasi. Pengadil kemudian dipanggil melakukan semakan VAR sebelum terus melayangkan kad merah.

Apa yang menarik, kad merah itu bukan kerana isi percakapannya dibuktikan, tetapi kerana tindakan menyembunyikan percakapan ketika berlaku pertelingkahan sudah dianggap melanggar garis panduan baharu. 

Jadi adakah pemain langsung tak boleh tutup mulut?

Tidak semestinya.

Laporan mengenai pelaksanaan peraturan menjelaskan bahawa fokus utama adalah pada situasi konfrontasi atau pertelingkahan dengan lawan, bukannya perbualan biasa dengan rakan sepasukan atau komunikasi taktikal. 

Kenapa FIFA buat sampai tahap ini?

FIFA mahu menghantar mesej bahawa:

  • Tiada lagi ruang untuk bahasa diskriminasi yang sukar dibuktikan.
  • VAR kini bukan sekadar semak gol atau offside, tetapi juga tingkah laku pemain.
  • Ketelusan komunikasi atas padang semakin diberi perhatian.

Peraturan ini mungkin nampak kecil, tetapi impaknya besar kerana satu gerakan tangan yang sebelum ini dianggap refleks biasa kini boleh mengubah nasib satu perlawanan.

Dalam kes Paraguay, mereka tetap menang 1– 0 walaupun bermain dengan 10 orang, tetapi nama Almirón sudah pun tercatat dalam sejarah bukan kerana jaringan, tetapi kerana kad merah pertama atas kesalahan jangan sembunyikan apa yang anda cakap di atas padang.

SINAR Muzik Retro Terbaik