Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mitos dan Fakta Tentang HIV Yang Ramai Masih Salah Faham

mitos dan fakta tentang hiv yang ramai masih salah fahamFoto sekadar hiasan

Masih ramai yang keliru antara apa yang benar dan apa yang sekadar salah tanggapan mengenai HIV. Sebahagian besar mitos ini menyebabkan stigma terhadap pesakit, sedangkan pengetahuan yang tepat sangat penting untuk pencegahan serta sokongan.

Advertisement

HIV tidak merebak melalui sentuhan harian seperti bersalaman, berpelukan atau berkongsi makanan. Cara jangkitan hanya berlaku melalui keadaan tertentu seperti hubungan seks tanpa perlindungan, penggunaan jarum yang dikongsi atau penularan daripada ibu kepada anak.

Dengan rawatan moden, pesakit boleh hidup sihat dan mencapai tahap Undetectable iaitu keadaan di mana virus tidak lagi dapat dikesan melalui ujian. Pada tahap ini juga, HIV tidak boleh menjangkiti orang lain secara seksual, dikenali sebagai konsep Undetectable Equals Untransmittable atau U sama dengan U.

MITOS

HIV Boleh Berjangkit Melalui Sentuhan Biasa

Hakikatnya, HIV tidak merebak melalui sentuhan harian seperti berpelukan, memegang tangan, berkongsi makanan, peluh, air liur, air mata atau penggunaan tandas yang sama. Aktiviti sosial dan interaksi biasa adalah selamat sepenuhnya.

HIV Tidak Mempunyai Rawatan

Rawatan antiretroviral atau ART dapat menurunkan jumlah virus ke tahap yang tidak dapat dikesan. Dengan rawatan yang konsisten, individu yang hidup dengan HIV boleh menjalani kehidupan normal, bekerja, berkahwin dan tidak menjangkiti pasangan secara seksual. HIV bukan lagi dianggap penyakit membawa maut seperti dahulu.

Ubat Tradisional atau Herba Boleh Menyembuhkan HIV

Satu-satunya rawatan yang terbukti berkesan ialah ART. Menggunakan ubat tradisional tanpa pengawasan perubatan bukan sahaja tidak membantu malah boleh melengahkan rawatan sebenar sehingga menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk.

 

 

FAKTA

Individu dengan HIV Boleh Kelihatan Sihat

Seseorang boleh hidup bertahun-tahun tanpa sebarang tanda atau gejala. Oleh itu, ujian adalah satu-satunya cara untuk mengetahui status sebenar.

HIV Boleh Dikawal dengan Rawatan ART

ART membantu menurunkan jumlah virus sehingga mencapai tahap undetectable. Pada tahap ini, HIV tidak boleh berjangkit kepada pasangan secara seksual. Ini dikenali sebagai U sama dengan U.

Sesiapa Sahaja Boleh Dijangkiti HIV

Jangkitan HIV tidak bergantung kepada jantina, latar belakang atau orientasi seksual. Risiko bergantung sepenuhnya kepada tingkah laku berisiko seperti tidak menggunakan perlindungan atau berkongsi jarum.

Sumber : Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik