Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Faisal Halim Semakin Positif, Perlu Jalani Pembedahan Seterusnya

Baru-baru ini, musibah melanda pemain bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim cedera akibat disimbah asid di pusat beli-belah di Damansara, Selangor.

faisal halim semakin positif, perlu jalani pembedahan seterusnya

Malah, pihak pengurusan juga memaklumkan Faisal perlu menjalani lagi pembedahan buat kali ketiga dan keempat.

Advertisement

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, beliau memaklumkan perkara tersebut ketika mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Faisal sebentar tadi.

“Pembedahan kedua berlangsung malam tadi selama tiga jam. Hasilnya saya dimaklumkan oleh pakar (perkembangan) amat positif, terima kasih atas doa seluruh komuniti dan rakyat Malaysia,” jelasnya.

Tambahnya, Faisal kini ditempatkan di sebuah hospital swasta dengan pemantauan rapi pakar perubatan unit kebakaran.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik