Skip to main content

Advertisement

Hiburan

”Mungkin Ada Hikmah di Sebalik Kejadian Ini…” - Ezzanie Jasni Dedah Pengalaman Mencemaskan Selepas Terlibat Kemalangan Bersama Ibu Bapa

”mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini…” - ezzanie jasni dedah pengalaman mencemaskan selepas terlibat kemalangan bersama ibu bapaFoto: Instagram

Pelakon, Ezzanie Jasni baru-baru ini berkongsi pengalaman mencemaskan selepas terlibat dalam sebuah kemalangan kereta bersama ibu bapanya.

Advertisement

Dalam perkongsian di Instagram, Ezzanie menjelaskan bahawa kedua ibu bapanya hanya mengalami lebam ringan pada lengan dan kaki, sementara dia sendiri mengalami kecederaan lebih serius.

Menurut Ezzanie, dia berada di tempat duduk belakang, di belakang pemandu, dan tidak pasti sama ada kepalanya terhentak pada tingkap atau tersangkut pada tali pinggang keledar.

“Disebabkan itu, saya dirawat di zon kritikal sepanjang malam. Alhamdulillah, semuanya telah beransur pulih.

“Saya kini sedar sepenuhnya, boleh berjalan, dan kaki saya berfungsi dengan baik, walaupun bengkak di muka kadang-kadang muncul,” tulisnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ♡ (@ezzaniejasny)

 

Pelakon itu turut berkongsi bahawa dia mengalami pendarahan di kawasan tengkorak, namun berterima kasih kerana keadaan keseluruhannya dapat diurus dengan baik. Dia sepatutnya memulakan perjalanan selama sebulan ke London, namun kini terpaksa ditunda.

“Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Jika kemalangan ini tidak berlaku, mungkin sesuatu yang lebih buruk boleh terjadi semasa saya berada di sana.

“Jadi, perjalanan ke London akan ditangguhkan buat sementara,” katanya.

Ezzanie menutup perkongsiannya dengan meminta doa daripada peminat bagi kelancaran proses pemulihan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan serta doa yang diterima.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik