Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Orang Melaka Kini Boleh Nyatakan Etnik ‘Baba Nyonya’ Dalam Sijil Kelahiran

orang melaka kini boleh nyatakan etnik ‘baba nyonya’ dalam sijil kelahiranFoto: Instagram

Ahli komuniti Baba Nyonya di Melaka kini dibenarkan mencatatkan etnik mereka dalam sijil kelahiran sebagai pengiktirafan rasmi terhadap asal-usul keturunan Peranakan tersebut.

Advertisement

Pengerusi Persatuan Baba dan Nyonya Malaysia, Ronald Gan, berkata langkah itu akan turut diperluaskan kepada masyarakat Peranakan Cina di seluruh negara bermula Januari depan, lapor Free Malaysia Today.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Timbalan Menteri Perpaduan, K. Saraswathy, atas peranan penting mereka dalam merealisasikan inisiatif berkenaan. Menurutnya, Anwar telah memperjuangkan pengiktirafan etnik ini sejak lebih sedekad lalu.

“Sebagai rakyat Malaysia, berita ini adalah hadiah paling bermakna buat kami. Mulai sekarang, kami boleh dikenali secara rasmi sebagai Baba Nyonya, satu sub-etnik dalam kalangan masyarakat Cina tempatan,” katanya.

Gan menjelaskan, proses permohonan bagi penduduk Melaka akan dilaksanakan dengan teliti. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada persatuan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang kemudian akan mengadakan sesi temu duga.

Beliau menambah, setelah seseorang pemohon diiktiraf sebagai Baba Nyonya, status itu akan turut diwarisi secara automatik oleh ahli keluarga mereka.

Sumber: The Rakyat Post

SINAR Muzik Retro Terbaik