Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Eskayvie Perkasa Usahawan Wanita, Lebar Sayap Ke Indonesia

Syarikat pengeluar produk kesihatan berkualiti tinggi, Eskayvie berjaya melebarkan sayap ke Indonesia.

eskayvie perkasa usahawan wanita, lebar sayap ke indonesia

Malah, syarikat tersebut menyertai majlis berprestij, World Islamic Entrepreneur Summit 2023 (WIES) di Pangeran Beach Hotel, Padang, Indonesia, pada 6 hingga 8 September lalu.

Advertisement

Beribu usahawan Muslim dari seluruh dunia bergabung dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ekonomi digital. 

eskayvie perkasa usahawan wanita, lebar sayap ke indonesia

Penampilan istimewa Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie bersama isteri Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Nur Asia Uno dilihat di pentas utama dalam sesi Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion.

"Platform digital Eskayvie Nexus diperkenalkan pada tahun 2020 dan telah berjaya membantu ramai individu yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya. 

"Melalui transformasi pendigitalan ini, Eskayvie telah berhasil membantu usahawan untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan melakukan urusniaga dari mana saja dengan menggunakan telefon. 

"Selain itu, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan mereka, termasuk strategi pemasaran, jualan, dan kepemimpinan yang berkesan," katanya.

eskayvie perkasa usahawan wanita, lebar sayap ke indonesia

Menariknya, lebih 80,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia dan Indonesia telah dilahirkan syarikat ini. 

"Daripada jumlah tersebut, 85 peratus daripada mereka adalah wanita 'suri bisnes'. Melalui inisiatif pendigitalan Eskayvie Nexus, pendapatan bulanan wanita 'suri bisnes' ini telah meningkat daripada ASD 500 sehingga ASD 40,000 sebulan,” ujarnya.

Pihaknya juga berjanji untuk terus memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti dan mengukuhkan lagi kedudukan dalam dunia kesihatan berkualiti tinggi serta menguasai pasaran halal. 

Ramai juga individu terharu dapat berjaya bersama Eskayvie dalam mendekati transformasi digital bagi membangunkan ekonomi diri dan keluarga.

"Ini adalah langkah menuju masa depan yang lebih cerah, lebih seimbang dan lebih inklusif," kata Kartika Wati optimis.

Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara selain Malaysia, Singapura dan Brunei melalui Eskayvie Global Indonesia yang semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang usahawan Eskayvie Nexus dan  menjana pendapatan lima hingga enam angka secara konsisten setiap bulan, layari www.eskayvienexus.my atau hubungi 03-55111050 atau layari www.eskayvie.com, facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq atau Instagram: @eskayviemalaysia_

Tahniah diucapkan buat Eskayvie atas pencapaian yang telah dicapai selama ini dan semoga terus berkembang sayap ke peringkat global dengan produk yang lebih berkualiti.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik