Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Erra Fazira Akhirnya Dedah Detik Pertama Kali Bertemu Mr E – “Saya Ingat Dia Sakit, Rupanya Jodoh…”

erra fazira akhirnya dedah detik pertama kali bertemu mr e – “saya ingat dia sakit, rupanya jodoh…”Foto: Instagram

Pelakon terkenal, Erra Fazira buat pertama kalinya berkongsi kisah sebenar tentang detik permulaan perkenalannya dengan bakal suami, lelaki yang kini dikenali ramai sebagai Mr E.

Advertisement

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, pertemuan mereka berlaku secara kebetulan ketika dia menjadi penyampai undangan di sebuah stesen radio, dan seorang rakan sekerja tiba tiba mahu memperkenalkan seorang lelaki kepadanya.

Erra berkata dia pada mulanya kehairanan dengan usaha rakan tersebut yang sangat bersungguh sungguh mahu mempertemukan mereka.

“Waktu itu saya macam… kenapa dia ni beriya sangat nak kenalkan dengan orang pula,” ceritanya sambil mengimbau semula situasi tersebut.

Namun apa yang paling menarik perhatian Erra ketika itu adalah penampilan fizikal Mr E yang kelihatan terlalu kurus sehingga membuatkan dirinya tertanya tanya.

“Maknanya waktu saya jumpa awak tengah kurus sangat. Kurus sangat kot, kurus yang cengkung muka. Bila kurus, kita akan gelap sikit, dah la kurus cengkung, lepas itu gelap pula,” katanya sambil ketawa mengenangkan kembali pertemuan tersebut.

Pada ketika itu, Erra mengakui tidak terlintas langsung dalam fikirannya bahawa lelaki itu akan menjadi suaminya suatu hari nanti. Malah, menurutnya, tidak wujud sebarang rasa tertarik pada pandangan pertama. Dia hanya menganggap pertemuan itu sebagai perkenalan biasa yang tidak membawa apa apa harapan.

Ezwan pula menjelaskan bahawa perubahan ketara pada tubuh badannya waktu itu berpunca daripada masalah kesihatan yang sedang dialami.

Katanya, ketika kali pertama mereka berjumpa, dia sebenarnya sedang melalui fasa sukar akibat menghidap hyperthyroid. Keadaan itu menyebabkan berat badannya turun mendadak dan wajahnya tampak cengkung.

Walaupun pertemuan pertama itu tidak meninggalkan kesan romantik, masa ternyata mengubah segalanya. Mereka mula berkawan, berkongsi cerita dan perlahan lahan hubungan itu menjadi lebih rapat. Keakraban itu akhirnya membawa mereka ke fasa yang lebih serius apabila masing masing mula sedar ada keserasian yang sukar dijelaskan.

Kini, pasangan itu bakal melangkah ke alam perkahwinan pada 12 Disember, tarikh yang dipilih sebagai permulaan baharu buat mereka berdua. Bagi Erra, perjalanan ini terasa luar biasa kerana ia bermula daripada pertemuan yang pada awalnya langsung tidak dijangka.

Sumber: TikTok

SINAR Muzik Retro Terbaik