Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen ‘Blushing’ Lihat Kemesraan Zizan dan Emma Maembong

Hubungan baik sebagai rakan antara pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong sememangnya diketahui ramai malah dipuji warganet.

Baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan kedua-dua pelakon itu bergurau senda sewaktu sesi pemotretan bagi sebuah jenama pakaian tempatan, menjadi bualan warga netizen.

Advertisement

 

 Menerusi video berdurasi 40 saat itu, Zizan dan Emma dilihat memakai pakaian yang berona sama dan ‘recreate’ gaya foto sewaktu mereka dalam percintaan dahulu. 

netizen ‘blushing’ lihat kemesraan zizan dan emma maembong

Foto: Instagram @hijabistahub

“Awak tahu tak awak di mana? Awak di hati saya,” ujar Zizan menerusi video tersebut.

Dalam pada itu, Emma dilihat bertanya kepada Zizan mengenai lagu Infiniti Cinta yang dinyanyikannya adalah ditujukan buat siapa?

 

“Untuk perempuan yang saya cintai ketika itu,” jawab Zizan.

“Ketika itu, siapa wak?” tanya Emma.

“Tinggi 5,3,” ujar Zizan ringkas.

netizen ‘blushing’ lihat kemesraan zizan dan emma maembong

Foto: Instagram @hijabistahub

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘blushing’ dengan gelagat kedua-dua pelakon itu.

Malah, turut ada yang mendoakan agar hubungan mereka dapat kembali terjalin memandangkan Emma sudah kembali ‘single’ pada tahun lalu.

Untuk rekod, Zizan dan Emma dikhabarkan pernah menjalin hubungan istimewa sebagai kekasih pada 2014.

Namun begitu, hubungan mereka tidak bertahan lama dan telah berpisah setahun kemudian.

SINAR Muzik Retro Terbaik