Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ellie Suriaty Setuju Berjumpa Imran Bard, Selesai Kemelut Parodi

ellie suriaty setuju berjumpa imran bard, selesai kemelut parodi

Foto: Sinar Harian

Advertisement

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan pempengaruh, Imran Bard dalam masa terdekat bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka.

Ellie Suriaty Omar, 54, memberitahu bahawa pertemuan itu akan diadakan sebaik sahaja Imran pulang ke Kuala Lumpur, memandangkan dia kini masih berada di kampung halamannya di Kluang, Johor.

“Saya setuju dengan permintaan Imran untuk berjumpa namun sekarang dia masih berada di kampung. Insya-Allah perjumpaan kami akan diadakan sekembalinya dia ke Kuala Lumpur nanti,” tulisnya di Instagram.

Namun begitu, Ellie menegaskan bahawa pertemuan itu bukan jaminan bahawa dia akan menarik balik saman terhadap Imran.

Sebaliknya, pelakon filem Telaga Suriram itu menjelaskan bahawa ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf daripada pempengaruh tersebut.

“Ingin saya tegaskan sesi pertemuan ini akan menjadi penentu sama ada saya akan meneruskan proses saman atau sebaliknya. Ia bergantung kepada keikhlasan dan ketulusan permohonan maaf Imran terhadap saya,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Ellie meluahkan rasa tidak puas hati terhadap salah satu kandungan video TikTok yang dihasilkan oleh Imran, yang menurutnya telah mencemarkan namanya.

 

SINAR Muzik Retro Terbaik