Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Tiada Nilainya Nyawa.. Semurah Peluru Melayang…” - Ella Kongsikan Curahan Hati Tentang Dunia, Seru Masyarakat Terus Pertahankan Harapan dan Kemanusiaan

“tiada nilainya nyawa.. semurah peluru melayang…” - ella kongsikan curahan hati tentang dunia, seru masyarakat terus pertahankan harapan dan kemanusiaanFoto: Instagram

Ratu Rock negara, Ella, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sebuah luahan panjang di media sosial, menggambarkan keresahan dan kegusaran terhadap keadaan dunia yang menurutnya semakin berubah dan dipenuhi episod duka.

Advertisement

Dalam catatan penuh emosi itu, Ella atau nama penuhnya Nor Zila binti Aminuddin memaklumkan bahawa setiap kali menghampiri penutup tahun, dirinya lebih banyak merenung perjalanan hidup dan perubahan global yang semakin ketara.

Menurutnya, hari-hari kini sarat dengan berita yang mencengkam hati dan menusuk jiwa.

“Seringkali kita disambut dengan berita yang sakitnya menusuk jiwa. Tiada nilainya nyawa semurah peluru melayang,” tulis Ella sambil merujuk kepada peperangan yang berlarutan, khususnya konflik yang menimpa rakyat Palestin.

Ella turut meluahkan persoalan yang bermain di fikiran seorang ibu apabila memikirkan masa depan anak-anak kecil yang terpaksa membesar dalam dunia yang tidak lagi menawarkan jaminan keselamatan.

Penyanyi lagu Sembilu itu turut menyebut bahawa suasana sekolah, tempat yang sepatutnya menjadi ruang perlindungan kini dipenuhi kerisauan akibat isu buli, ancaman dan keganasan yang semakin tular.

“Dunia bagaimana yang bakal dia hadapi?” soalnya, merujuk kepada masa depan anaknya yang sedang membesar.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

 

Dalam hantaran itu, Ella menggambarkan dunia hari ini seperti sedang ‘bergelut perlahan tercarik jatuh sedikit demi sedikit’, sarat dengan tangisan, keletihan emosi dan ketidakpastian. Dia bagaimanapun mengakui turut merindukan zaman yang pernah diselimuti nilai cinta, kelembutan dan kebaikan kecil yang sering mengindahkan kehidupan.

Meski begitu, Ella menegaskan bahawa dia tidak mahu menyerah kalah. Sebagai ibu, dia mahu memastikan anak-anak membesar dengan kefahaman bahawa kebaikan masih wujud dan tetap memberi makna. Namun, sebagai individu, Ella mengakui dirinya ‘kecil’ dalam dunia yang luas, walaupun dirinya percaya bahawa seni dan muzik tetap menjadi senjata untuk menyampaikan mesej perubahan.

“Suara Ella seorang sendiri tak cukup kuat… Ella tak mahu sendirian,” katanya sambil mengajak masyarakat bergabung tenaga bagi menyemarakkan usaha damai.

Ella turut menyeru agar setiap orang, sekecil mana pun peranannya, terus memainkan bahagian masing-masing demi masa depan yang lebih aman untuk generasi akan datang.

“Bersama-sama, ayuh temani Ella berlangkah ke arah inisiatif aman cintakan damai… Sekecil apapun tindakan, tetap punyai maknanya,” tulisnya dalam penutup.

Ella mengakhiri nukilan tersebut dengan menyatakan harapan agar masyarakat terus bersatu, menjaga nilai kemanusiaan, dan memperjuangkan keamanan dengan sepakat, kerana baginya, kesatuan adalah sumber kekuatan sebenar.

“Kami mohon damai. Cinta. Rindu,” ujarnya.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik