Susulan kes remaja maut dipijak gajah liar, orang ramai terutamanya orang asli untuk berjaga-jaga dan mematuhi langkah-langkah untuk mengelakkan serangan gajah.

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia kongsikan langkah-langkah mengelakkan serangan gajah untuk perkongsian bersama.
- Anda perlu membersihkan semak samun di kebun kawasan anda.
- Masuk ke kawasan kebun atau hutan secara berkumpulan dan elakkan bersendirian.
- Jika terserempak dengan gajah, segera menjarakkan diri dan bersembunyi di belakang pokok.
- Sekiranya berlaku pertembungan, elak provokasi atau cubaan mengganggu gajah tersebut.
- Hubungi Jabatan PERHILITAN, jika terdapat gangguan gajah.
Advertisement
Sebarang aduan berkaitan hidupan liar boleh disalurkan ke Talian Hotline Jabatan di 1-800-88-5151 untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Jabatan PERHILITAN