Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elaine Kang Mahu Undur Diri Dari GV12, Tok Ram Tak Izinkan

elaine kang mahu undur diri dari gv12, tok ram tak izinkanFoto: Instagram

Datuk Elaine Kang, 60 tahun, mengejutkan peminat apabila mengumumkan hasrat untuk menarik diri daripada program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), meskipun baru dua minggu menyertai pertandingan.

Advertisement

Elaine tidak mendedahkan punca sebenar tindakannya, namun kehadiran doktor peribadinya di lokasi memberi gambaran bahawa beliau mungkin menghadapi isu kesihatan.

“Saya dah berkecimpung dalam industri selama 45 tahun. Kalau ada yang tak kenal saya, tak mengapa. Selepas hari ini, ini mungkin peluang terakhir saya naik ke pentas ini.

“Doktor saya ada di atas, jadi jangan risau,  saya seorang yang sangat positif,” katanya selepas menamatkan persembahannya.

Bagaimanapun, juri tetap program ini, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, memutuskan untuk tidak menyingkirkan Elaine minggu ini.

Malah, Ramli memberikan kebebasan kepada Elaine untuk memilih lagu berbahasa Cina pada persembahan minggu hadapan.

Minggu ini, Elaine membawakan lagu Angan-Angan, nyanyian asal Raja Ema, dengan persembahan yang mendapat perhatian penonton.

GV12 menampilkan 12 lagi peserta lain termasuk Nubhan, Mark Adam, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura serta Freshies (Ejie dan Shima). Program ini turut menampilkan Shae, Ruri Repvblik, trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana), Iskandar Ismail, dan SHY8.

Sumber: HibGlam

SINAR Muzik Retro Terbaik