Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ejen Nikah Di Siam Dedahkan Permintaan Pasangan Malaysia Meningkat Lebih Dua Kali Ganda

Data melaporkan pernikahan di Thailand melibatkan pasangan Malaysia meningkat sehingga dua kali ganda, tahun lalu.

ejen nikah di siam dedahkan permintaan pasangan malaysia meningkat lebih dua kali ganda

Selepas hampir dua tahun pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, permintaan ini kian meningkatkan apabila negara melonggarkan peraturan ke luar negara.

Advertisement

Berusia 50 tahun, Kamal yang juga seorang ejen nikah sempadan mendedahkan pihaknya menerima permintaan daripada 30 ke 40 pasangan berbanding 15 hingga 20 pasangan sebulan.

"Disebabkan dua tahun sempadan tidak dibuka, jadi banyak urusan pasangan yang mahu melangsungkan pernikahan di selatan Thailand tertangguh.

"Ini antara faktor peningkatan berlaku secara mendadak. Begitupun kita terpaksa mengehadkan pasangan untuk dibawa bagi memudahkan proses urusan agar berjalan lancar," ujarnya.

Berpengalaman hampir 12 tahun, lebih 20 pasangan dari Malaysia bernikah setiap hari dan apabila tiba musim cuti sekolah jumlahnya akan meningkat.

"Setakat ini, Songkhla, Narathiwat, Yala, Pattani, Satun dan Bangkok antara lokasi yang diiktiraf dan diterima oleh kedua-dua negara bagi urusan pernikahan sempadan.

"Paling kerap adalah di Songkhla kerana kedudukannya dekat dengan konsulat dan memudahkan pasangan mendapatkan pengesahan pernikahan," jelasnya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik