Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Doktor Wanita Terkejut Anak Diusung Masuk Hospital Ketika Bertugas

Seorang wanita warga Palestin terkejut apabila ternampak anaknya yang diusung masuk ke dalam hospital ketika dia bertugas di wad kecemasan.

doktor wanita terkejut anak diusung masuk hospital ketika bertugas

Doktor itu bertugas di Hospital Indonesia, Gaza bagi merawat pesakit yang cedera tetapi terkejut ketika melihat anak perempuannya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Advertisement

Menurut perkongsian di laman Instagram @eye.on.palestine, video itu jelas menunjukkan doktor tersebut berlari mahu melihat anaknya yang tercedera dan rebah.

Ramai petugas kesihatan cuba untuk menenangkan doktor tersebut yang tiba-tiba rebah di lantai hospital tersebut.

Dikhabarkan, anak perempuannya itu kini dalam keadaan stabil dan boleh bercakap.

Sama-sama kita doakan buat saudara kita di Palestin untuk kuat menjadi kehidupan mereka, kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Sumber: Shehab Agency / Eye On Palestine
 

SINAR Muzik Retro Terbaik