Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah hantaran menunjukkan hospital berkenaan kekurangan doktor dan waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan sehingga 5 jam.

Menurut sebuah hantaran di aplikasi X, ia jelas memaparkan doktor di hospital berkenaan juga mendakwa terpaksa bekerja lebih masa sehingga jatuh sakit.
Advertisement
“Harap maaf, kami mengalami masalah kekurangan doktor. Masa menunggu mungkin sampai lima jam. Doktor kami bekerja sampai hendak pengsan dan ada yang sakit pun masih bekerja.
“Malah, ada yang sudah letak jawatan dan bekerja di (hospital) swasta,” tulis notis tersebut.
Tambahnya, notis berkenaan juga memaparkan agar para pesakit bersabar menunggu dan memahami beban tugas yang terpaksa digalas oleh doktor bertugas.
“Kami ingin berkhidmat kepada rakyat. Tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Kami minta maaf,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online