Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Inkues Zara Qairina: Doktor dan Ketua Warden Dijangka Beri Keterangan

inkues zara qairina: doktor dan ketua warden dijangka beri keteranganFoto: Facebook

Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini dengan seorang doktor dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE), dijangka dipanggil memberi keterangan.

Advertisement

Peguam yang mewakili ibu Zara, Shahlan Jufri, memaklumkan sekiranya masa mengizinkan, ketua warden asrama juga akan dipanggil selepas keterangan doktor selesai direkodkan.

Setakat ini, enam saksi telah tampil memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. Mereka termasuk pakar patologi forensik Dr Jessie Hiu yang menjalankan bedah siasat, pemeriksa dokumen Nurul Atiqah Mohd Noh, doktor kecemasan Dr Janefer Voo, pegawai perubatan bedah saraf Dr Pavankumar Balachandran, pegawai CSI Inspektor Maidon Bernadus, serta pengawal keselamatan Linah Mansoding yang bertugas pada malam kejadian.

Mahkamah Koroner tidak mengeluarkan sebarang perintah larangan rasmi, namun mengingatkan semua pihak termasuk media mengenai tanggungjawab di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi menjaga kerahsiaan, lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak hanya dirujuk dengan huruf A, B, C, D dan E sepanjang prosiding inkues berlangsung.

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik