Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penerbit, Pengarah Filem Kontroversi Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

Penerbit dan pengarah filem kontroversi Mentega Terbang dijangka berdepan pertuduhan di dua Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.

penerbit, pengarah filem kontroversi mentega terbang didakwa di mahkamah

Beliau akan didakwa di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin, manakala pengarahnya di Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Untuk rekod, tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di negara ini.

Perkara itu diputuskan menerusi warta bertarikh 1 September tahun lalu yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 21 Ogos tahun yang sama.

Menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023, larangan itu dibuat turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” jelas warta berkenaan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik