Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Terima Kasih Telah Hadir di Sisi Dan di Hati Saya” - Iqbal Titip Kata-Kata Romantis Buat Diana Danielle?

Usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli telah memuatnaik beberapa gambar bersama pelakon, Diana Danielle menerusi media sosial miliknya.

Mereka kelihatan sedondon mengenakan sut dan gaun berona merah gelap dan saling bertatapan mata seperti pasangan yang sedang bercinta.

Advertisement

Dalam pada itu, Iqbal dilihat turut menitipkan kata-kata berbaur romantis bersama gambar-gambar tersebut.

“terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya” - iqbal titip kata-kata romantis buat diana danielle?

Foto: IG @iqbalzulkeli

“Terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya.

“Terima kasih mengajar banyak kebaikan dalam hidup🌹,” tulisnya menerusi media sosial Instagram.

 

Susulan daripada itu, rata-rata netizen terkejut dan saling membuat spekulasi mengenai apa yang sedang terjadi di antara mereka.

 

Malah, ramai peminat memohon usahawan kelahiran Kelantan itu untuk menyunting kapsyen atau memadamkan hantaran itu kerana ia boleh mengundang fitnah.

Walaupun dua selebriti itu belum mengeluarkan kenyataan, ada segelintir netizen meneka hantaran itu hanya dibuat untuk tujuan promosi drama atau produk baharu mereka.

“terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya” - iqbal titip kata-kata romantis buat diana danielle?

Foto: IG @iqbalzulkeli

Untuk makluman, kemelut rumah tangga Diana dan suaminya, Farid Kamil kembali menjadi bualan setelah Diana mengumumkan untuk memfailkan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu, selepas lebih setahun rujuk.

Farid bagaimanapun dilapor masih mahu untuk mempertahankan rumah tangga dengan alasan masih menyayangi Diana dan anak-anak, sehingga kes perceraian dipanjangkan melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber: IG @iqbalzulkefli

SINAR Muzik Retro Terbaik