Skip to main content

Advertisement

Hiburan

68 Terkorban, Detik Cemas Pesawat Terhempas Di Nepal Dirakam Tular

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila rakaman detik cemas pesawat terhempas di Nepal telah mengorbankan 68 nyawa, semalam.

Lebih 72 orang penumpang yang terlibat nahas, 200 tentera Nepal diarahkan ke lokasi untuk misi menyelamat mangsa.

Advertisement

68 terkorban, detik cemas pesawat terhempas di nepal dirakam tular

Namun, rakaman amatur yang menjadi tumpuan warganet antaranya sekumpulan lima rakan ketika melakukan penstriman live di laman Facebook ketika pesawat tersebut hampir mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Nepal.

Malah, salah seorang penumpang tersebut, Sonu Jaiswal didakwa dalam perjalanan bersama empat rakannya untuk bercuti juga antara yang dilaporkan maut.

Video itu jelas menunjukkan pesawat ATR-72 itu mendarat sebelum warna jingga muncul dan bunyi jeritan kedengaran ketika pesawat bergegar serta terhempas.

Bunyi hentaman yang kuat kedengaran penduduk dan pelancong berdekatan sebelum kabin pesawat terbakar.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik