Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Denti, Frankie Anjing Pengesan K9 ‘Lebar Sayap’ Jalan Tugas Di Turkiye

Misi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mangsa gempa bumi di Turkiye akan melibatkan khidmat dua anjing pengesan (K9) Denti dan Frankie dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

denti, frankie anjing pengesan k9 ‘lebar sayap’ jalan tugas di turkiye

Dilaporkan, mereka bersama diterbangkan bersama kumpulan kedua pasukan SAR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Advertisement

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali memaklumkan seramai 70 orang anggota telah diterbangkan bagi misi berkenaan melibatkan 20 orang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), JBPM (30) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) (20).

“Mari kita doakan agar mereka selamat sampai ke destinasi dan segala urusan mereka dipermudahkan. ‘Good luck team!’,” katanya.

Terdahulu, Denti dan Frankie merupakan hero-hero yang membantu mengesan mayat mangsa tragedi runtuhan cerun di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali pada 16 Disember lalu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik