Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datin Alyah Buka Mulut Status Anak Angkat - “Zara Dengan Saya Bukan Orang Lain"

Penyanyi, Datin Alyah tampil bersuara mengenai status anak angkatnya, Nur Izzara selepas menjadi bualan ramai di media sosial.

Noor Hasliah Abu Hasan atau mesra disapa Alyah menjelaskan, dirinya  banyak menerima mesej dari pengikutnya yang ingin mengetahui mengenai rumah kebajikan atau rumah anak yatim bertujuan untuk mengambil anak angkat.

Advertisement

“Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim. Jadi minta maaf banyak-banyak yang DM atau text saya kat mana saya dapat Zara dan macam mana nak ambil anak angkat yang comel,” tulisnya menerusi siaran Instagram.

datin alyah buka mulut status anak angkat - “zara dengan saya bukan orang lain

Foto: IG @alyah81

Dalam pada itu, Alyah menjelaskan bahawa Zara dan suaminya, Dato' Ramli Mohd Salleh atau mesra dipanggil Tok Ram, mempunyai hubungan seperti bapa dan anak kandung kerana dirinya telah menyusukan anak angkatnya itu.

“Seperkara lagi, kami dah susukan Zara. Jadi Zara dan Tok Ram mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung.

“Terima kasih atas doa kalian ya. Kami juga doakan yg baik baik buat kalian,” jelasnya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

 

Malah, Alyah turut memberitahu bahawa dirinya merupakan ibu saudara kepada Zara dan sememangnya mempunyai hubungan kekeluargaan, bukan seperti apa yang beredar di media sosial.

 

Penyanyi lagu Kisah Hati ini bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak terhadap keluarga kecilnya itu.

 

Untuk rekod, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Tok Ram pada tahun 2013. Lalu, pasangan ini mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Zara.

 

Manakala, Tok Ram sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik tempatan iaitu Jennifer Thompson. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.


Sumber: IG @alyah81

 

SINAR Muzik Retro Terbaik