Skip to main content

Advertisement

Hiburan

'' Ruginya Daiyan Terkeluar '' - Rupanya Daiyan Maskot Ikan Emas

'' ruginya daiyan terkeluar '' - rupanya daiyan maskot ikan emas

Minggu ke-4 The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan di sebalik maskot Ikan Emas adalah Daiyan Trisha. 

Advertisement

Dengan persembahan lagu Sial oleh Mahalini, Ikan Emas gagal memikat hati barisan juri dan para penonton sehingga dipilih sebagai maskot di kedudukan terbawah dengan jumlah markah terendah iaitu 61.47%.

Penyingkirannya merungkai identiti disebalik topeng iaitu Daiyan Trisha yang diteka tepat oleh kesemua juri. 

Bagaimanapun, penonton yang menyaksikan di rumah nampaknya agak terkilan dengan penyingkiran Daiyan dengan menyifatkan nyanyianya pada minggu ini sangat memuaskan. 

" Apa ni!!! Dia sedap kottttt!! Kenapa terkeluarrr eeee sayangnyaaaa Daiyan!!

" Memang konsep singkirkan yang sedap dan cantik ke mcm mana?

"Ruginya Daiyan terkeluar. She is Malaysian sweetheart kot," tulis peminat.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

 

SINAR Muzik Retro Terbaik