Penduduk terkejut apabila menemui seekor ular sawa gergasi seberat 23 kilogram (kg) di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Thailand.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Chang Lantanoy, dia berkongsi kisah pemilik rumah tersebut yang tidak dapat mengepam tandas sebelum menyedari ada sesuatu ‘tersekat’ di dalam mangkuk tandas tersebut.
Advertisement
Pasukan penyelamat tempatan pantas ke rumah tersebut untuk mengeluarkan ular itu menggunakan tangan.
Namun, ular tersebut terlalu besar dan tersepit kuat di dalam paip menyebabkan ia sukar bagi pasukan penyelamat mengeluarkannya.
Sambungan paip terpaksa dipotong untuk mendapatkan ruang yang mencukupi bagi mengeluarkan reptilia besar itu.
Operasi menyelamat berakhir apabila ular sawa itu dapat dikeluarkan tanpa melibatkan sebarang kecederaan.
Sumber: Kosmo Online